Search

Zer0Hunger, Airasia Fresh sumbang pek makanan kepada rumah kebajikan

Updated: Aug 11, 2021

Source: myMetro Newspaper

Link: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/673670/zer0hunger-airasia-fresh-sumbang-pek-makanan-kepada-rumah-kebajikan



Kuala Lumpur: Bagi mendepani masalah kekurangan makanan berkhasiat bagi keluarga tidak berkemampuan, 300 pek makanan segar diedar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Zer0Hunger dengan kerjasama Airasia Fresh.

Pek makanan itu mengandungi sayur-sayuran, buah, daging dan ikan yang diberikan kepada beberapa rumah kebajikan terpilih serta keluarga memerlukan di sekitar Lembah Klang.

Wakil Sukarelawan Zer0Hunger, Nik Adina Taty Nik Zainin berkata, sebagai permulaan, pihaknya bersama Airasia Fresh sudah mengedarkan pek makanan berkenaan di beberapa lokasi terpilih.

"Kita mahu mengajak rakyat negara ini untuk menyertai kempen khas berkenaan dalam membantu rumah kebajikan dan keluarga yang terjejas untuk mendapat bekalan makanan segar serta berkhasiat.


"Untuk menyertai kempen derma pek makanan segar ini, penderma hanya perlu memuat turun serta membuka aplikasi 'Super Airasia' dan memilih butang 'Fresh'.


"Selepas itu, penderma boleh memilih pek makanan segar berharga RM30 hingga RM80 setiap satu untuk didermakan kepada rumah kebajikan atau persatuan terpilih," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya, penderma akan menikmati potongan 50 peratus untuk pembelian seterusnya yang boleh digunakan untuk keperluan sendiri mahupun didermakan dengan membeli lebih banyak pek.

Pada masa sama, Ketua Unit Airasia Fresh Maybel Chan berkata, inisiatif itu dapat membantu golongan memerlukan terutamanya ketika berdepan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebagai sebuah entiti perniagaan, sememangnya sebahagian daripada misi kami untuk menyediakan kemudahan bagi mereka yang ingin menyumbang makanan segar lagi berkhasiat kepada yang memerlukan, tidak hanya pada musim perayaan seperti ini tetapi sepanjang tahun," katanya.

35 views0 comments

Recent Posts

See All